MUKADIMAH
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji dan puja untuk-Nya, selawat serta salam buat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, ahli keluarga dan para sahabat Baginda serta barisan Salaf al-Soleh yang agung, para Du'at al-Awwalin, Ulama' Mujtahidin serta mereka yang mengikut jejak langkah mereka yang lebih dahulu beriman sehingga hari Pembalasan.
Selanjutnya, buku yang berada di tangan pembaca sekarang ini merupakan sebuah buku yang menghidangkan topik yang agak berat iaitu matlamat ataupun tujuan syariat Islam (Maqasid al-Syariah). Buku kecil ini merupakan ringkasan yang menjanjikan pengenalan terhadap subjek tersebut secara mudah untuk golongan awam.
Buku ini merupakan teks ringkas yang disadur dari kitab karangan Dr. Ahmad al-Raisuni berjudul Madkhal ila Maqasid al-Syariah (Pengenalan Ilmu Maqasid Syariah).
Buku ini juga merupakan silibus yang dipelajari oleh Ustaz Rosli bin Mokhtar dan diajarkannya pula kepada para jemaah yang menghadiri kuliah Maghribnya di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
Namun, di atas permintaan ramai terutama dari kalangan jemaahnya buku ini diterbitkan dalam bentuk yang lebih menarik.
Pengajian topik ini merupakan natijah kepada subjek Usul fiqh yang menjelaskan matlamat dan tujuan syarak yang diturunkan oleh Allah ke atas kehidupan manusia.
Perbincangan dan kajian yang mendalam dalam subjek ini telah berlaku di negara-negara Arab Islam sejak berkurun lalu, terutamanya di kalangan ulama mujtahidin. Sebaiknya, kita soroti sejarah perkembangan ilmu ini secara ringkas untuk memahaminya secara lebih lanjut.
MUKADIMAH
Sejarah Ringkas Perkembangan Ilmu Maqasid al-Syariah
Istilah-istilah Arab yang perlu difahami
Adakah Syariat Islam Senantiasa Relevan?
Sumber Syariah datangnya daripada Allah Taala
PENGENALAN ILMU MAQASID SYARIAH
Objektif Pensyariatan Islam Terhadap Umat Manusia
Pembahagian Maqasid Syariah (مقاصد الشريعة)
Kepentingan Memahami Maqasid Syariah
SYARIAH ANTARA TA’ABUD (التَّعَبُّد) & TA’LIL (التَعْلِيْل)
Hikmah Dalam Beribadah (al-Ta’abud)
Doa: Antara Pengabdian & Hikmah
Tujuan Pentarbiyahan Dalam Doa
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Menerangkan Rahsia & Hikmah Hukum
Pengertian al-Ta’lil
Maqasid Syariah Pada Zaman Sahabat
MENGAMBIL SEGALA KEBAIKAN DAN MENOLAK KEBURUKAN
Pengertian Kebaikan Dan Keburukan
Pembahagian Kebaikan (Al-Maslahah)
MASALIH AL-MURSALAH (المصالح المرسلة)
Hujah “Maslahah Mursalah” Sebagai Sumber Hukum Syarak
Mazhab Yang Menolak Penggunaan “Maslahah Mursalah”
Syarat Beramal Dengan “Maslahah Mursalah”
Pembahagian Al-Maqasid
Pelengkap Kepada Kebaikan-Kebaikan (Masalih)
Hubungan di Antara Tiga Jenis-jenis Maqasid
Kaedah-Kaedah Maqasid atau “Qawaid Maqasidiyah (قواعد المقاصدية)”
Syarat Jumhur Ulama Dalam Beramal Dengan Segala Maslahah
Meninjau Pada Natijah Akhir Perbuatan (مآلات الأفعال)
Hujah Mewajibkan Agar Melihat Kepada Natijah Akhir Perbuatan
AL-DHARURIYAT AL-KHAMS
PENUTUP
.jpg)

No comments:
Post a Comment