Saturday, May 2, 2009

Harga: RM 8.90 
Mukasurat:99 
Penerbit: Jahabersa







 

MUKADIMAH

0ΡóOÉ #$9§mÏŠOÉ#$9§q÷Hu»`Ç#$!«

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين وعلى آله وصحبته الطيبين الطاهرين ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

Buku ini merupakan ringkasan terhadap sejarah perkembangan kajian hadis sejak era Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam hinggalah ke hari ini. Peranan dan sumbangan yang perlu diketahui oleh setiap umat Islam secara umum serta kepentingannya dalam pengamalan Islam dalam kehidupan seharian.

Buku ini sesuai dibaca oleh mereka yang ingin mengetahui sejarah perkembangan hadis dan kitab-kitab yang berkaitan dengannya, sebelum mendalami tajuknya yang lebih sukar dihadam bersumberkan kitab-kitab hadis yang lebih besar dan mendalam kajiannya.

Buku ini diharap dapat membantu perkembangan hadis dan gerakannya bagi mengembalikan peranan dan sumbangan Sunnah dalam kehidupan masyarakat dewasa ini. Segala usaha yang meminggirkan peranan hadis serta kata nista yang dilemparkan terhadap al-Sunnah dan para pendokongnya berpunca daripada mereka yang tidak pernah membaca kajian berkaitan perkembangan hadis dan keilmuannya.

Seiring dengan kebangkitan Islam dan pembaharuan fiqh Islam serta ijtihad masa kini. Perkembangan al-Sunnah perlu diberikan penumpuan yang lebih agar masyarakat mengambilnya sebagai satu wadah perjuangan dengan pengambilan yang benar-benar sahih jauh dari segala aneka khurafat dan bidaah yang memundurkan ummah.

Pendek kata, kemajuan Islam suatu ketika dulu adalah berorientasikan kepada pegangan al-Quran dan al-Sunnah yang sahih, akibatnya penguasaan umat Islam melangkaui batas dan sempadan budaya dunia selama berkurun-kurun. Namun, setelah datang zaman kejumudan umat Islam serta kemerosotan kajian dan keilmuan. Tamadun kegemilangan umat Islam lenyap, kehebatan umatnya juga lesap. Apa yang tinggal hanyalah puing-puing dari segelintir jiwa manusia yang masih berharap kepada pengamalan Islam yang sahih sebagaimana ajaran Islam itu diturunkan. Benarlah sabda junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam yang ada menyebutkan:

“Akan ada segolongan daripada umatku yang akan tetap mendirikan perintah Allah, tidak akan dapat memudaratkan mereka oleh golongan yang menghina dan menentang mereka, hinggalah datang ketentuan dari Allah dan mereka akan tetap sedemikian.” (Riwayat Bukhari)

Semoga dengan hadis ini dapat menimbulkan kesedaran kepada diri kita semua bahawa kewajipan menerima hadis yang sahih dan melaksanakannya di dalam diri adalah satu usaha untuk menghidupkan semula metodnya yang perkasa. Memberikan sumber yang sejahtera dengan kebebasan berfikir dari segala tahyul, khurafat dan kejahilan yang menjumudkan pemikiran. Akhirnya, segala sendi ketamadunan Islam kembali dapat digerakkan semula setelah berkurun lama terhenti.

Kami bermohon kepada Allah Taala dengan namaNya yang Mulia dan sifatNya yang Sempurna agar dapat memberikan petunjuk kepada kita semua dalam memajukan lagi usaha memartabatkan pengajian Islam umumnya dan ilmu Hadis khususnya di kalangan masyarakat Islam di Malaysia.

Semoga segala usaha ini mendapat ganjaran setimpal daripada Allah Taala dan kami mengharapkan doa dari kalian. 

No comments:

Post a Comment